Pada masa pemerintahan Nabi Allah
Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan
kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi
semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.
Oleh kerana baginda amat dihormati,
ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu
hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari
sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya
dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan
kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh
Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui
oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di
dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara
tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat
yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah
diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang
dicari- carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang
sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit
tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota
terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit
sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah
selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat
takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang.
Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali
suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja
Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit
menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".
Raja Jin mengambil keputusan untuk
mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi
Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?".
Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat
cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah
menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa
yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin
dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan
terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi
Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan
tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang
bijak dan tahu bahawa Bota adalah salahseorang hamba kepada orang lain. Beliau
berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka
jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan
Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih
menyembah berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima
kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan
bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya.