Kitab Taurat ialah salah
satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala
kepada Nabi Musa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Musa a.s. Kitab
taurat merupakan kesinambungan kitab Nabi Allah yang terdahulu iaitu Zabur.
Kitab Taurat kemudian diikuti dengan penurunan kitab Injil dan kitab suci yang
terakhir iaitu Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada
semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak
langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.
Al-Quran menyatakan bahawa Injil dan Taurat
telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh
penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Musa wafat dan Nabi Isa
diangkat ke langit.
Di dalam surah al-Ma'idah, ayat 13 - 14, Allah Taala
berfirman yang bermaksud : (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana
Menteri, Malaysia)
13. "Maka dengan sebab mereka mencabuli
perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka
keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah
Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari
tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan
(meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan
engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan kianat yang mereka
lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku kianat). Oleh itu,
maaflah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana
sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik
amalannya."
14."Dan di antara orang-orang yang berkata :
Bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami (tuhan) juga telah mengambil perjanjian
setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa
yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan
kebencian di antara mereka, sampai ke hari Kiamat; dan Allah akan memberitahu
mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan."
Taurat dalam
Al-Qur'an
- Di dalam Surah Ali 'Imran ayat ke 3 dan ke 4 (dipetik
dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan
Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)
3. "Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab suci (Al-Qur'an) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi
Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang
menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil".
4. Sebelum (Al-Qur'an diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
- Surah Al-Maa’idah 5:46 "...Dan Kami utuskan
Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani
Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan
Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk
hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang
telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan
nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa".
- Surah Al-Hadid 57:27 "...Kemudian Kami
iringi sesudah mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi
lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab
Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan
belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat
secara)"Rahbaniyah" (iaitu seperti bertapa di tempat-tempat yang
terpencil, mengharamkan dirinya daripada berkahwin dan menjauhi kemewahan
hidup)- merekalah sahaja yang mengadakan dan mereka(mencipta)nya; Kami
tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari
keredhaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya
menurut yang sewajibnya ..."
Namun begitu, Al-Qur'an menyebut nama-nama kitab yang
terdahulu dan kandungannya yang berupa ajaran kepada umat pada waktu tersebut,
sebagai tanda kewajiban umat Islam mempercayai "kewujudannya" dan
bukan sebagai ikutan , iaitu selepas turunnya Al-Qur'an. Sebagaimana ayat 3 dan
4 dalam Surah Ali 'Imran seperti yang tertulis di atas.
1. Silahkan masukkan komentar
2. Berkomentar dengan kata-kata yang santun
3. Jangan menggunakan kata-kata kotor
4. Jika anda tidak suka dengan yang kami sajikan, lebih baik jangan di baca
5. Tinggalkan link web/blog anda agar admin bisa visit back
6. Jadilah pengunjung yang baik
7. Kami hanya memberikan informasi dari sumber-sumber yang bisa admin percaya.
8. Maaf jika ada salah satu artikel tidak ada sumbernya.
EmoticonEmoticon