Zabur disamakan
oleh sesetengah ulama dengan Psalms, yang, menurut Islam, salah satu kitab suci
yang diturunkan sebelum Al Qur'an (selain Taurat dan Injil).
Istilah zabur adalah
persamaan dengan istilah ibrani zimra, bermaksud "lagu,
muzik." Ia, bersama dengan zamir ("lagu") dan mizmor
("psalm"), merupakan terbitan zamar, bermaksud "nyanyi,
nyannyikan pujian, buatkan muzik."
Zabur merupakan koleksi sajak
dan lagu kerohanian. Semua itu asalnya disalin untuk dinyanyikan, bukan sekadar
dibaca. Menurut tradisi Islam, Zabur merupakan kitab yang digunakan di Istana
Suci Sulaiman di Baitulmaqdis (iaitu, kuil Sulaiman). Lazimnya, digelar Zabur
Daud. Tidak dikatakan yang Daud menulis semua yang ada di dalam Zabur, kerana
sesetengah ulama Islam menyatakan beberapa nabi dan wali turut menyumbang
kepada Zabur. Walau bagaimanapun, Zabur ditujukan kepada Daud berbanding yang
lain. Beberapa yang terdapat dalam sumbangan kepada Zabur ialah Musa, Uzair,
Sulaiman, Ethan, Haman, dan Asaph. Kebanyakan bab menyatakan siapa yang menulis
di permulaannya. Zabur mengandungi 150 bab atau lagu yang dipecahkan kepada
lima bahagian :
·
Bahagian pertama -- bab 1 hingga 41
·
Bahagian kedua -- bab 42 hingga 72
·
Bahagian ketiga -- bab 73 hingga 89
·
Bahagian keempat -- bab 90 hingga 106
·
Bahagian kelima -- bab 107 hingga 150
Zabur
menurut hadis
Satu hadith dari sahih Bukhari, mengatakan: Daripada
Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda,
"Pembacaan
Zabur dimudahkan bagi Daud. Dia sering mengarahkan agar binatang tunggangannya
diletakkan pelana, dan mampu menghabiskan bacaan Zabur sebelum pelana siap
diletakkan. Dan dia tidak akan makan tetapi hasil dari kerjanya sendiri."
1. Silahkan masukkan komentar
2. Berkomentar dengan kata-kata yang santun
3. Jangan menggunakan kata-kata kotor
4. Jika anda tidak suka dengan yang kami sajikan, lebih baik jangan di baca
5. Tinggalkan link web/blog anda agar admin bisa visit back
6. Jadilah pengunjung yang baik
7. Kami hanya memberikan informasi dari sumber-sumber yang bisa admin percaya.
8. Maaf jika ada salah satu artikel tidak ada sumbernya.
EmoticonEmoticon