Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan
oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu.
Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya
Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.
Ketiadaan Nabi Musa a.s telah
mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat
masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah
membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi
Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa
telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala
usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu
meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.
Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat
Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang
ditunggangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat
Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil
segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan
disimpannya untuk dijadikan azimat.
Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa
Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada
emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari
bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu
tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa
datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu
yang menakjubkan itu.
Nabi Harun sangat marah setelah melihat
umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik
kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi
Harun terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak
dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung
tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana
melihat umatnya telah murtad.
Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal
ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik
janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah
bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa
kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu
putih dan hitam.