Kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai
pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi
utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama
dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks
sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.
Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan
hanya diberikan kepada seorang nabi
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak
mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi
rahasia yang belum terungkap.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w.
Pertama,
semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau
tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya
ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan
seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya
cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam
rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga
Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur,
pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan
di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga,
peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang
menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang
seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti
dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan
menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini
amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat,
Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit
dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang
terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar
bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu
menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan
satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan
Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang
seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari
tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di
Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari
jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh
dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang
menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda
dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua
tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau
mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat,
supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah
riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit
sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya
daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada
malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami
kerusakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di
Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku
mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang
akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan
akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai
Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang
serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan
kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu
tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan
orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan
orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang
dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa
pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah,
penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan
baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab
terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Sumber : http://blog.its.ac.id/syafii/2010/02/15/keajaiban-dunia-ketika-kelahiran-rasulullah/
1. Silahkan masukkan komentar
2. Berkomentar dengan kata-kata yang santun
3. Jangan menggunakan kata-kata kotor
4. Jika anda tidak suka dengan yang kami sajikan, lebih baik jangan di baca
5. Tinggalkan link web/blog anda agar admin bisa visit back
6. Jadilah pengunjung yang baik
7. Kami hanya memberikan informasi dari sumber-sumber yang bisa admin percaya.
8. Maaf jika ada salah satu artikel tidak ada sumbernya.
EmoticonEmoticon