Beliau adalah seorang utusan Allah s.w.t. Telah terjadi pertentangan antara
beliau dan kaumnya tentang berhala yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di
jalan Allah s.w.tdan mengajak kaumnya tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka
cenderung kepada Ba'l.
Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan Allah
s.w.tpada hari kiamat. Allah s.w.t menceritakan hal tersebut dalam firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul.
(Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu tidak bertakwa?
Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, yaitu
Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak- bapakmu yang terdahulu?' Maka mereka
mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke neraka), kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang
baik) di halangan orang-orang yang datang kemudian. (Yaitu) kesejahteran
dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan hepada
orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang
beriman." (QS. ash-Shaffat: 123-132)
Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t sebutkan berkaitan dengan
kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang menyatakan
bahawa Ilyas adalah seorang Nabi yang bernama Ilya dalam Taurat. Injil Barnabas
mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu nasihat-nasihat tersebut tidak begitu
terkenal dalam Taurat. Kami akan menyebutkan nasihat-nasihat tersebut kerana di
dalamnya terdapat hikmah yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat
dalam injil Barnabas dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahawa
"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang menginginkan
untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka. Sesungguhnya orang yang suka
untuk banyak belajar maka ia akan sedikit takut kepada Allah. kerana orang yang
takut kepada Allah maka ia akan merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang
diinginkan Allah saja. Hendaklah orang-orang yang menginginkan untuk
mengerjakan amal-amal yang soleh memperhatikan diri mereka kerana seseorang
tidak akan memperoleh manfaat ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan
sementara ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang mengajari
orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain kerana tidak akan
bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang yang tidak mengamalkan apa
yang dikatakannya. Sebab, bagaimana seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya
sementara ia mendengar seorang yang lebih buruk darinya berusaha untuk
mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari Allah berusaha lari dari
percakapan dengan manusia kerana Musa ketika berada sendirian di atas gunung
Saina' maka beliau menemukan Allah dan berdialog dengan-Nya sebagaimana seorang
pencinta berdialog dengan kekasihnya. Dan hendaklah orang-orang yang mencari
Allah berusaha keluar sekali setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di
jadikan perkumpulan oleh masyarakat dunia. kerana boleh jadi ia dapat melakukan
suatu amal pada satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun,
khususnya berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari ridha Allah.
Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke arah
dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah mengatakan hal yang penting
saja. Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari meja makan dalam keadaan
kekenyangan. Dan hendaklah mereka berpikir setiap hari kerana boleh jadi mereka
tidak akan menemui hari berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar
memanfaatkan waktu mereka sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu
baju dari kulit binatang cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam
berusaha untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka berusaha
berdiri di tengah-tengah salat dengan rasa takut.
Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah s.w.t dengan
menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian melalui
Nabi Musa. kerana dengan cara seperti ini, kalian akan menemukan Allah s.w.t
dan kalian akan merasakan pada setiap zaman dan tempat bahawa kalian berada di
bawah naungan Allah s.w.t dan Dia akan selalu bersama kalian." Demikianlah
apa-apa yang disebutkan dalam injil Barnabas melalui tulisan Ilya. ?