Kaum Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yang
tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam.
Mereka terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa.
Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang
ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka
sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi
Syu’ib a.s.
Banyak orang di zaman kita beranggapan bahawa agama hanya merupakan
program-program yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah keyakinan
klasik dan salah. Pada hakikatnya, agama adalah sistem dalam kehidupan dan
pergaulan. Intinya ialah hubungan dengan Allah s.w.t. Oleh kerana itu, usaha
memisahkan antara masalah-masalah tauhid dan perilaku manusia dalam kehidupan
mereka sehari-hari bererti memisahkan agama dari kehidupan dan mengubahnya
menjadi adat- istiadat, tradisi-tradisi, dan acara-acara ritual yang hampa.
Kisah Nabi Syu’ib menampakkan hal yang demikian secara jelas.
Allah s.w.t mengutus Syu’ib pada penduduk Madyan:
"Dan kepada (penduduk) Madyan (kami utus) saudara mereka, Syu 'ib. Ia
berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain
Dia.'" (QS. Hud: 84)
Ini adalah dakwah yang sama yang diserukan oleh setiap nabi. Dalam hal ini
tidak ada perbezaan antara satu nabi dan nabi yang lain. Ia merupakan dasar
akidah dan tanpa dasar ini mustahil suatu bangunan akan berdiri. Setelah
peletakan bangunan tersebut, Syu’ib mulai menyuarakan dakwahnya:
"Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku
melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khawatir
terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)." (QS. Hud: 84)
Setelah menjelaskan masalah tauhid secara langsung, Nabi Syu’ib berpindah
pada masalah muamalah sehari-hari yang berkenaan dengan kejujuran dan keadilan.
Adalah hal yang terkenal pada penduduk Madyan bahawa mereka mengurangi
timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak manusia. Ini adalah suatu
kehinaan yang menyentuh kesucian hati dan tangan sebagaimana menyentuh
kesempurnaan harga diri dan kemuliaan.
Para penduduk Madyan beranggapan bahawa mengurangi timbangan adalah salah
satu bentuk kelihaian dan kepandaian dalam jual-beli serta bentuk kelicikan
dalam mengambil dan membeli. Kemudian nabi mereka datang dan mengingatkan
bahawa hal tersebut merupakan hal yang hina dan termasuk pencurian. Nabi Syu’ib
memberitahukan kepada mereka bahawa beliau khawatir jika mereka meneruskan
perbuatan keji itu nescaya akan turun kepada mereka azab di mana manusia tidak
akan dapat menghindar dari seksaan itu. Perhatikanlah bagaimana campur tangan
Islam melalui Nabi Syu’ib yang diutus kepada manusia di mana ia memperhatikan
persoalan jual-beli dan mengawasinya:
"Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan
janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu
membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan." (QS. Hud: 85)
Nabi Syu’ib meneruskan misi dakwahnya. Beliau mengulang-ulangi nasihatnya
kepada mereka dengan cara yang baik dan mengajak ke jalan yang baik, tidak ke
jalan yang buruk; beliau menghimbau kepada mereka untuk menegakkan timbangan
dengan keadilan dan kebenaran dan mengingatkan mereka agar jangan merampas
hak-hak orang lain. Merampas hak-hak orang lain itu tidak terbatas pada
jual-beli saja, namun juga berhubungan dengan perbuatan-perbuatan lainnya;
beliau memerintahkan mereka untuk menegakkan timbangan keadilan dan kejujuran.
Demikianlah seruan dari agama tauhid dan akidah tauhid di mana ia selalu
menyuarakan kejujuran dan keadilan.
Agama selalu memerintahkan manusia untuk menjalin kerjasama sesama mereka dalam
kehidupan sehari-hari dengan cara-cara yang bijaksana dan baik, baik menyangkut
hubungan kerja, hubungan peribadi mahupun hubungan lainnya. Al-Quran al-Karim
mengatakan: "Dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka.
"Dan kata as-Syai' (sesuatu) dalam ayat tersebut diucapkan kepada hal-hal
yang bersifat materi dan yang bersifat non-materi (rohani) di mana masuk dalam
kategori itu perbuatan-perbuatan dan hubungan-hubungan yang menghasilkan.
Al-Quran melarang segala bentuk kezaliman, baik kezaliman berkenaan dengan
menimbang buah-buahan atau sayur- sayuran mahupun kezaliman dalam bentuk tidak
memberikan penghargaan terhadap usaha manusia dan pekerjaan mereka. Sebab,
kelaliman terhadap manusia akan menciptakan suasana ketidakharmonisan yang
berakibat pada timbulnya penderitaan, sikap putus asa, dan sikap tidak peduli,
sehingga pada akhirnya hubungan sesama manusia berjalan tidak harmonis dan
menimbulkan kegoncangan dalam kehidupan. Oleh kerana itu, Al-Quran mengingatkan
agar jangan sampai ada manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi:
"Dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat
kerosakan. Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu
orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu."
(QS. Hud: 85-86)
Yang di maksud al-'Atsu ialah sengaja membuat kerosakan dan bertujuan untuk
membuat kerosakan. Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi; janganlah
kalian sengaja untuk menciptakan keonaran di muka bumi. Apa yang ada di sisi
Allah s.w.t adalah hal yang terbaik buat kalian jika kalian benar-benar
beriman. Kemudian Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka bahawa ia tidak
memiliki sesuatu kepada mereka; ia tidak dapat menguasai mereka tidak juga ia
selalu mengawasi mereka. Beliau hanya sekadar seorang rasul atau utusan untuk
menyampaikan ajaran Tuhannya:
"Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu. " (QS. Hud: 86)
Dengan cara yang demikian, Nabi Syu’ib menjelaskan kaumnya bahawa masalah
yang mereka hadapi saat ini sangat penting dan sangat serius, bahkan sangat
berat. Beliau memberitahu mereka akibat yang bakal mereka terima jika mereka
membuat kerosakan. Selesailah bahagian pertama dari dialog Nabi Syu’ib bersama
kaumnya. Nabi Syu’ib telah mengawali pembicaraan dan kaumnya mendengarkan.
Kemudian beliau berhenti dari pembicaraannya dan sekarang kaum membuka
pembicaraan:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib, apakah agamamu yang menyuruh agar kami
meninggalkan apa yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang dan berbuat
apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang
sangat penyantun lagi berakal " (QS. Hud: 87)
Para penduduk Madyan yang kafir mereka biasa merampok dan menyembah
al-Aikah, yaitu pohon dari al-Aik yang dikelilingi oleh dahan- dahan yang
berputar di sekelilingnya. Mereka termasuk orang-orang yang menjalin hubungan
sesama manusia dengan cara-cara yang sangat keji. Mereka suka mengurangi
timbangan; mereka mengambil yang lebih darinya dan tidak menghiraukan
kekurangannya. Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka bersama Syu’ib.
Mereka berkata, "wahai Syu’ib apakah agamamu yang memerintahkanmu...?"
Seakan-akan agama ini mendorong Syu’ib dan membisikinya serta memerintahnya
sehingga ia mentaati tanpa pertimbangan dan pemikiran. Sungguh Syu’ib telah
berubah dengan agamanya itu menjadi alat yang bergerak dan alat yang tidak
sedar. Demikianlah celaan dan tuduhan keji yang dialamatkan oleh kaum Nabi
Syu’ib kepadanya. Agama Syu’ib telah membuatnya gila dan membuatnya nekad untuk
memerintahkan mereka meninggalkan apa yang selama ini mereka sembah dan
disembah oleh kakek-kakek mereka. Kakek-kakek mereka telah menyembah
tumbuh-tumbuhan dan pohon- pohonan sementara agama Syu’ib memerintahkan mereka
untuk hanya menyembah Allah s.w.t. Kenekatan model apa dari Syu’ib ini?
Dengan ejekan dan penghinaan ini, Nabi Syu’ib menghadapi dialog yang
terjadi dengan mereka. Kemudian mereka kembali bertanya-tanya dengan penuh
keheranan dan dengan nada mengejek: "Apakah agamamu yang menyuruh agar
kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak- bapak kami." Tidakkah
engkau sedar wahai Syu’ib bahawa agamamu ingin mencampuri keinginan kita dan
cara kita menggunakan harta kita? Apakah hubungan keimanan dan salat dengan
muamalah materi?
Dengan pertanyaan ini, kaum Nabi Syu’ib mengira bahawa mereka mencapai
suatu tingkat kecerdasan. Mereka mengemukakan di hadapannya masalah keimanan, dan
mereka mengingkari adanya keterkaitan antara perilaku manusia dan muamalah
mereka serta perekonomian mereka. Ini adalah masalah yang klasik; ini adalah
usaha untuk memisahkan antara ekonomi dan Islam di mana setiap nabi justru di
utus untuknya meskipun nama-nama mereka berbeza-beza; ini adalah masalah kuno
yang diungkap oleh kaum Nabi Syu’ib di mana mereka mengingkari bahawa agama
turut campur dalam kehidupan sehari-hari mereka, perekonomian mereka dan cara
mereka menggunakan harta mereka. Mereka menganggap bahawa menginfakkan harta
atau menggunakannya atau menghambur-hamburkannya adalah suatu yang tidak
berhubungan dengan agama. Hal itu menyangkut kebebasan peribadi manusia.
Bukankah itu hartanya yang khusus lalu mengapa agama turut campur di dalamnya?
Demikianlah pemahaman kaum Nabi Syu’ib kepada Islam yang dibawa oleh Nabi
Syu’ib. Kami kira pemahaman demikian sedikit atau banyak tidak berbeza dengan
pemahaman banyak masyarakat di zaman kita sekarang mereka menganggap
bahawasanya Islam tidak memiliki kaitan dengan kehidupan peribadi manusia dan
kehidupan perekonomian mereka. Oleh kerana itu, manusia dapat menggunakan harta
mereka sesuai dengan kemahuan mereka: "Sesungguhnya kamu adalah orang yang
sangat penyantun lagi berakal."
Mereka ingin mengatakan kepada Nabi Syu’ib, seandainya engkau seorang yang
bijaksana dan memiliki pemikiran yang matang nescaya engkau tidak akan
mengatakan apa yang telah engkau katakan. Mereka kembali mengejek Nabi Syu’ib
dan merendahkan dakwahnya. Seandainya Anda bertanya kepada kaum Nabi Syu’ib
tentang pemahaman agama mereka maka mereka pasti mengingkari bahawa agama
adalah sebagai sistem dalam kehidupan yang menjadikan hidup lebih mulia, lebih
suci, lebih adil dan lebih pantas manusia untuk menjabat sebagai khalifatullah
di muka bumi; seandainya Anda bertanya kepada mereka tentang agama nescaya
mereka memberitahumu bahawa ia hanya berupa kumpulan nilai-nilai rohani yang
baik yang tidak mewarnai kehidupan sehari-hari. Dengan pemahaman seperti ini,
agama hanya sekadar hiasan. Ini adalah pemahaman yang menggelikan kerana Allah
s.w.t mengutus para nabi dan ajaran-ajaran yang mereka bawa bukan untuk
perhiasan dan main- mainan.
Maha Suci Allah s.w.t dari semua itu. Allah s.w.t mengutus para nabi-Nya
dengan membawa sistem baru dalam kehidupan, yaitu sistem yang mencakup
nilai-nilai dan pemikiran-pemikiran yang itu semua tidak akan bermakna jika
tidak berubah menjadi suatu sistem dalam kehidupan secara umum dan mengatur
kehidupan secara khusus. Dengan pemahaman seperti inilah agama menjadi mulai
dan agama menjadi benar adanya. Dan dengan asumsi seperti ini, kita memahami
seberapa jauh campur tangan agama dalam persoalan-persoalan kehidupan sehari-
hari: dimulai dari hubungan-hubungan cinta sampai undang-undang perkahwinan,
bahkan cara mengambil keputusan hidup sampai sistem dalam menginfakkan wang dan
menggunakannya, juga sistem dalam cara menggunakan dan mengagihkan kekayaan dan
sebagainya. Jika manusia memahami agama seperti ini maka jadilah agama sesuatu
kebenaran. Dan kalau tidak, agama laksana puing-puing saja.
Nabi Syu’ib mengetahui bahawa kaumnya mengejeknya kerana mereka menganggap
agama tidak turut campur dalam kehidupan sehari-hari. Namun, beliau menghadapi
semua itu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana beliau yakin apa yang
beliau bawa adalah kebenaran. Beliau tidak peduli dengan ejekan mereka dan
tidak tersinggung dengannya dan tidak mempersoalkan hal itu; beliau memberi
pengertian kepada mereka bahawa beliau berada di atas kebenaran dari Tuhannya;
beliau adalah seorang nabi yang mengetahui kebenaran; beliau tidak melarang
mereka untuk meninggalkan sesuatu yang di balik larangan itu mendatangkan
keuntungan peribadi buatnya; beliau tidak ingin menasihati mereka dalam
kejujuran agar pasar menjadi sepi dan kerananya beliau mengambil manfaat;
beliau hanya sekadar seorang nabi di mana dakwah setiap nabi tergambar dalam
ungkapan yang singkat:
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih
berkesanggupan. " (QS. Hud: 88)
Yang beliau inginkan hanya al-Islah (usaha membuat perbaikan). Demikianlah
kandungan dan inti dakwah para nabi yang sebenarnya. Mereka adalah al-Muslihun,
yaitu orang-orang yang membuat perbaikan; mereka memperbaiki akal, memperbaiki
hati dan memperbaiki kehidupan yang umum dan kehidupan yang khusus:
"Syu’ib berkata: 'Hai kaumku, bagaimana fikiranku jika aku mempunyai
bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku dari-Nya rezeki yang baik
(patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu
(dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali
(mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik
bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah bertawakal dan
hanya kepada-Nya-lah
aku kembali.'" (QS. Hud: 88)
Setelah Nabi Syu’ib menjelaskan tujuan-tujuannya kepada mereka dan
menyingkapkan kebenaran dakwahnya, beliau mulai mengotak-atik akal- akal
mereka; beliau mengungkapkan kepada mereka bagaimana pergelutan orang-orang
sebelum mereka dengan para nabi sebelumnya, yaitu kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud,
kaum Nabi Saleh, dan kaum Nabi Luth yang masa mereka tidak jauh dengan masa
Nabi Syu’ib. Beliau mulai berdialog dengan mereka dan mengingatkan mereka
bahawa sikap penentangan mereka justru akan mendatangkan seksaan bagi mereka.
Nabi Syu’ib mengingatkan mereka bagaimana nasib orang-orang yang mendustakan
kebenaran:
"Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu)
menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa
kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh
(tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah ampun dari Tuhanmu kemudian bertaubatlah
kepada- Nya,sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. " (QS.
Hud: 89-90)
Usai Nabi Syu’ib berdakwah kepada Allah s.w.t dan menjelaskan al-ishlah
(usaha memperbaiki masyarakat) dan mengingatkan mereka bahaya penentangan serta
menakut-nakuti mereka dengan menceritakan kembali seksaan yang diterima
orang-orang yang berbohong sebelum mereka. Meskipun demikian, Nabi Syu’ib tetap
membukakan pintu pengampunan dan pintu taubat bagi mereka. Beliau menunjukkan
kepada mereka kasih sayang Tuhannya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Namun kaum Nabi Syu’ib memilih azab. Kekerasan hati mereka dan keinginan mereka
untuk mendapatkan harta yang haram serta rasa puas dengan sistem yang mengatur
mereka, semua itu menyebabkan mereka menolak kebenaran:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib, kami tidak banyak mengerti tentang apa
yang kamu katakan itu.'" (QS. Hud: 91)
Kami tidak memahamimu. Engkau adalah seorang yang mengacau; engkau
mengatakan sesuatu yang tidak dimengerti:
"Dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di
antara kami." (QS. Hud: 91)
Beliau dikatakan sebagai orang yang lemah kerana orang-orang fakir dan
orang-orang yang menderita adalah orang-orang yang beriman padanya, sedangkan
orang-orang kaya dan para pembesar telah menentang mereka. Demikianlah
pertimbangan umumnya manusia yang tidak memiliki kekuatan cukup untuk
menghadapi kebenaran dakwah Nabi Syu’ib di mana beliau dianggap sebagai orang
yang lemah:
"Kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami akan
merejammu."(QS. Hud: 91)
Seandainya kalau bukan kerana keluargamu dan kaummu dan orang-orang yang
mengikutimu nescaya kami akan menggali suatu lubang dan kami akan bunuh kamu di
lubang itu dengan cara melempari kamu dengan batu:
"Sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami."
(QS. Hud: 92)
Kaum Nabi Syu’ib berpindah dari cara mengejek pada cara menyerang. Nabi
Syu’ib telah menyampaikan bukti kepada mereka setelah mereka mengejeknya, lalu
mereka mengubah cara mereka berdialog. Mereka memberitahunya bahawa mereka
tidak memahami apa yang beliau katakan dan mereka melihat bahawa Nabi Syu’ib
sebagai orang yang lemah dan hina. Dan seandainya kalau bukan kerana mereka
takut (kasihan)
kepada keluarganya nescaya mereka akan membunuhnya. Mereka menampakkan
kebencian kepada Nabi Syu’ib dan ingin sekali untuk membunuhnya kalau bukan
kerana alasan-alasan yang berhubungan dengan keluarganya. Menghadapi ancaman
itu, Nabi Syu’ib tetap menunjukkan sikap lembutnya lalu beliau bertanya kepada
mereka dengan maksud untuk menggugah ke sekian kalinya akal mereka:
"Syu’ib menjawab: 'Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat
menurut pandanganmu daripada Allah. " (QS. Hud: 92)
Apakah cukup rasional jika mereka membayangkan hal tersebut? Mereka
melupakan hakikat kekuatan yang mengatur alam. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t
Yang Maha Mulia dan Maha Kuat. Seharusnya mereka mengingat hal itu; seharusnya
seseorang tidak takut kepada apapun selain Allah s.w.t dan tidak membandingkan
kekuatan di alam wujud ini dengan kekuatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t Yang
Kuat dan hanya Dia yang mengatur hamba-hamba-Nya.
Tampak bahawa kaum Nabi Syu’ib mulai kesal dan semakin kesal dengannya,
lalu berkumpullah para pembesar kaumnya:
"Pemuka-pemuka dari kaum Syu'ib yang menyombongkan diri berkata:
'Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu’ib dan dengan orang-orang yang
beriman bersamamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama
kami.'" (QS. al-A'raf: 88)
Mereka menggunakan tahap baru dengan cara mengancam Nabi Syu’ib; mereka
mengancamnya untuk membunuh dan mengusir dari desa mereka; mereka memberi
pilihan kepada Nabi Syu’ib antara terusir dan kembali kepada agama mereka yang
menyembah pohon-pohon dan benda-benda mati. Nabi Syu’ib memberitahu kepada
mereka bahawa masalah kembalinya ia ke agama mereka adalah masalah yang tidak
berhubungan dengan masalah-masalah yang disebutkan dalam perjanjian. Sungguh
Allah s.w.t telah menyelamatkan beliau dari agama mereka lalu bagaimana beliau
kembali lagi padanya? Beliau yang mengajak mereka pada agama tauhid lalu
bagaimana beliau mengajak mereka untuk kembali pada kesyirikan dan kekufuran?
Beliau mengajak mereka dengan cara yang lembut dan kasih sayang sementara
mereka
mengancamnya dengan kekuatan.
Demikianlah pertentangan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya semakin
berlanjutan. Nabi Syu’ib memegang amanat dakwah untuk menghadapi para pembesar,
para pendusta, dan para penguasa kaumnya. Akhirnya, Nabi Syu’ib mulai
mengetahui bahawa mereka tidak lagi memiliki harapan kerana mereka telah
berpaling dari Allah s.w.t:
"Sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu?
Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. Dan (dia
berkata): 'Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu, sesungguhnya aku pun
berbuat (pula). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang
menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab (Tuhan).
Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu." (QS. Hud: 92-93)
Nabi Syu’ib berlepas diri dari mereka. Mereka telah berpaling dari agama
Allah s.w.t bahkan telah mendustakan nabi-Nya dan menuduhnya bahawa ia tersihir
dan seorang pembohong. Maka, setiap orang hendaklah melakukan apa saja yang
diinginkannya dan hendaklah mereka menunggu azab Allah s.w.t. Kemudian
pergelutan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya berakhir adanya fasa baru. Mereka
meminta kepada Nabi Syu’ib untuk mendatangkan azab dari langit jika beliau
termasuk orang-orang yang benar. Dengan nada mencabar dan menentang, mereka
berkata: "di mana azab itu, di mana seksaan yang dijanjikan itu? Mengapa
terlambat datang?"
Mereka mengejek Nabi Syu’ib dan beliau dengan tenang menunggu datangnya
azab Allah s.w.t. Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau agar keluar bersama
orang-orang mukmin dari desa tersebut. Akhirnya, Nabi Syu’ib keluar bersama
para pengikutnya dan datanglah azab Allah s.w.t:
"Dan tatkala datang azab Kami. Kami selamatkan Syu’ib dan orang- orang
yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari kami, dan orang-orang
lalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati
bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat
itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah
binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia adalah teriakan sekali saja satu suara yang datang kepada mereka dari
celah-celah awan yang menyelimuti. Mula-mula mereka barangkali bergembira
kerana membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka dikejutkan ketika
datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.
Selesailah masalah ini. Mereka menyedari bahawa teriakan itu membawa
bencana buat mereka; teriakan itu menghanguskan setiap makhluk yang ada di
dalam negeri itu. Mereka tidak mampu bergerak dan tidak mampu menyembunyikan
diri dan tidak pula mereka dapat menyelamatkan diri mereka.