Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan
Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang
pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air
itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai
Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat
semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai
saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa
a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku
setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan
kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah
dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa
maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang
lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat
berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang
lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di
situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan
orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai
Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai
sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada
di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya
memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu
dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu
Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan
wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar
perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat
Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau
memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara
tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang
yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir
kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di
dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan
yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima
:
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi
mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi
mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi
mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka
lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung
mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."