Allah SWT berfirman:
"Di sanalah Zakaria berdoa kepada
Tuhannya seraya berkata: 'Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak
yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa. Kemudian Malaikat (Jibril)
memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab (katanya):
'Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu)
Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan,
menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang
soleh." (QS. Ali 'Imran: 38-39)
"Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat)
itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih
anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian
(dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada
kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan derhaka.
Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia
meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali." (QS. Maryam: 12-15)
"Hai Zakaria, sesungguhnya Kami
memberi khabar gembira kepadamu akan (memperoleh) seorang anak yang namanya
Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan
dia." (QS. Maryam: 7)
Inilah Yahya seorang Nabi yang Allah SWT
bersaksi bahawa sebelumnya tak seorang pun yang serupa dengannya. Yaitu seorang
Nabi yang Allah SWT berkata tentangnya:
"Dan rasa belas kasihan yang mendalam
dari sisi Kami." (QS. Maryam: 13)
Sebagaimana Khidir diberi ilmu dari sisi
Allah SWT, maka Yahya diberi rasa cinta dari sisi Allah SWT. Al-Hanan ialah
ilmu yang luas yang terkandung di dalamnya sesuatu kecintaan yang dalam
terhadap makhluk dan alam. Hanan ialah salah satu dari tingkat cinta yang
bersumber dari ilmu. Yahya adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah,
zuhud, dan cinta. Nabi Yahya mengungkapkan cinta kepada semua makhluk. Ia
dicintai oleh manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung.
Darah Nabi Yahya tertumpah ketika beliau berusaha mempertahankan kebenaran yang
disampaikannya di istana raja yang lalim. Peristiwa tragis itu berkaitan dengan
seorang penari pelacur. Para ulama banyak menyebutkan keutamaan Yahya. Yahya
hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat dekatnya dari sisi ibu (anak
bibinya).
Ada hadis yang meriwayatkan bahawa Yahya
dan Isa pernah bertemu pada suatu hari. Lalu Isa berkata kepada Yahya,
mintakanlah ampun bagiku wahai Yahya. Sesungguhnya engkau lebih baik daripada
aku. Yahya berkata: "Mintakanlah ampun bagiku wahai Isa kerana engkau
lebih baik daripada aku." Isa berkata: "Tidak, engkaulah yang lebih
baik daripada aku. Engkau mengucapkan salam kepadaku sedangkan Allah SWT
mengucapkan salam kepadamu." Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya
ketika Allah S"WT menyampaikan salam kepadanya pada hari ia dilahirkan,
pada hari ia mati, dan pada hari ia dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah pergi dan menemui para sahabatnya.
Pada suatu hari, beliau mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para
nabi. Ada yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara
oleh Allah SWT). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan
ada juga yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT).
Demikianlah para sahabat berbicara tentang
para nabi lalu Rasulullah saw menemui mereka. Ketika Rasul saw mendapati mereka
tidak menyebut nama Yahya, beliau berkata: "Di manakah putera seorang
syahid yang mendapatkan banyak penderitaan, yang memakan pohon kerana takut
dosa, di manakah Yahya bin Zakaria."
Sementara itu, datanglah musim semi di
Palestina dan bumi tampak semakin menghijau dan langit semakin terang. Bulan
dengan cahayanya menembus puncak-puncak pohon dan kebun. Bunga-bunga mawar dan
jeruk semakin berkembang dan baunya tersebar ke udara. Dan burung- burung yang
sedang berterbangan tampak bernyanyi dan melantunkan lagu-lagu kegembiraan di
tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh keindahan.
Kemudian lahirlah Yahya. Kelahiran Yahya
dipenuhi banyak mukjizat. Beliau lahir pada saat ayahnya Zakaria berusia lanjut
sehingga tampak seakan-akan ia putus asa kerana tidak akan mempunyai keturunan.
Beliau lahir melalui doa yang suci yang bersumber dari hati Nabi Zakaria yang
suci dan tulus. Nabi Yahya lahir di tengah-tengah masa yang dipenuhi dengan
puncak kesucian sebagaimana juga dihiasi dengan puncak kelaliman. Maryam adalah
simbol puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh dengan bau yang harum yang
memancarkan kalimat- kalimat solat yang terus menerus dan zikir yang bersumber
dari hati yang suci. Masjid tampak dipenuhi dengan gelombang orang-orang yang
solat dan orang-orang mukmin yang berzikir. Namun nun jauh di sana kelaliman
tetap membunyikan genderangnya.
Yahya dilahirkan dan masa kecilnya tidak
seperti lazimnya masa yang dilalui oleh anak-anak. Umumnya anak-anak saat itu
bermain hal-hal yang tidak berguna, sedangkan Yahya tampak serius sejak beliau
kecil. Anak-anak kecil saat itu merasa senang dan terhibur ketika mereka
menyeksa binatang, sementara Yahya justru memberi makan bintang- binatang dan
burung dari makanannya sebagai bentuk belas kasihan darinya, bahkan terkadang
Yahya sendiri makan dari daun-daun pohon atau buahnya. Ketika beliau menginjak
usia dewasa, maka cahaya wajahnya semakin bersinar dan hatinya penuh dengan
hikmah dan cinta kepada Allah SWT serta kedamaian. Yahya adalah seseorang yang
menyukai membaca sejak usia dini. Beliau rajin membaca dan menggali ilmu.
Ketika beliau masih kecil, Allah SWT memanggilnya: "Hai Yahya, ambilah
al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah
selagi ia masih anak-anak."
Yahya mendapatkan perintah—saat beliau
masih kecil—untuk mengambil Kitab dengan kekuatan. Yakni, hendaklah ia belajar
kitab dengan penuh ketelitian, Yaitu kitab syariat. Allah SWT memberinya
kemampuan untuk mengetahui syariat dan memutuskan perkara manusia saat beliau
masih kecil. Yahya adalah orang yang paling alim di zamannya dan paling banyak
menerima hikmah. Beliau mempelajari syariat secara sempurna. Oleh kerana itu,
Allah SWT memberinya kekuasaan saat beliau masih kecil. Beliau mampu
menyelesaikan persoalan di antara manusia dan menjelaskan mereka rahsia-rahsia
agama, bahkan beliau mengenalkan mereka jalan kebenaran dan mengingatkan mereka
dari jalan kesalahan atau kebatilan. Kemudian Yahya semakin dewasa dan ilmunya
makin bertambah serta kasih sayangnya pun makin meningkat, baik kepada kedua
orang tuanya mahupun kepada binatang. Kasih sayang Nabi Yahya meliputi segala
sesuatu.
Beliau mengajak manusia untuk bertaubat
dari dosa mereka; beliau memandikan mereka di sungai Jordania agar mereka
menyucikan diri mereka dengan taubat; beliau mengajak mereka untuk menyembah
Allah SWT. Di sana tidak terdapat seseorang yang tidak suka kepada Yahya atau
menginginkan keburukan baginya. Yahya adalah seseorang yang sangat dicintai
oleh masyarakatnya kerana ia memang seorang yang penyayang, seorang yang
bertakwa, seorang yang alim, dan seorang yang berbudi mulia. Beliau keluar dan
pergi ke gunung dan kebun bahkan gurun dan tinggal di dalamnya selama
berbulan-bulan untuk menyembah Allah SWT dan menangis di hadapan-Nya serta
solat. Beliau merasakan kedamaian di daratan, bahkan beliau tidak memperhatikan
makanannya. Beliau makan dari daun-daun pohon dan minum dari air sungai. Bahkan
beliau makan belalang dan juga rumput. Beliau tidur di gua mana pun yang
ditemuinya di gunung dan lubang mana pun yang didapatinya di bumi.
Terkadang beliau masuk di suatu gua gunung
lalu beliau menemukan binatang buas di dalamnya seperti serigala atau singa
namun kerana kesibukannya dan konsentrasinya saat berzikir kepada Allah SWT dan
solat sehingga beliau tidak lagi memperhatikan serigala atau singa. Serigala
dan singa itu melihat Nabi Yahya lalu mereka mengetahui bahawa ini adalah
seorang Nabi Allah SWT yang sangat berbelas kasih kepada binatang, maka
binatang-binatang buas itu menundukkan kepalanya dan meninggalkan tempat itu
dengan tenang sehingga Nabi Yahya tidak mendengar suara mereka.
Pada kesempatan yang lain, Nabi Yahya
memberi makan binatang- binatang buas dengan penuh kasih sayang. Bahkan beliau
tidak makan di malam harinya kerana makanannya diberikan kepada
binatang-binatang itu. Beliau merasa puas saat menjadikan solat dan zikir sebagai
makanan dari hatinya sebelum beliau memberi makanan pada tubuhnya. Beliau makan
dari daun-daun pohon. Beliau bermalam atau bergadang dalam keadaan air matanya
berlinangan saat berzikir kepada Allah SWT dan tenggelam dalam lautan cinta dan
bersyukur kepada-Nya. Ketika Nabi Yahya berdiri di depan manusia untuk mengajak
mereka menyembah Allah SWT, maka beliau mampu membuat mereka menangis kerana
cinta dan khusyuk. Beliau mampu mempengaruhi hati mereka dengan kebenaran yang
dibawanya dan beliau menampakkan bahawa beliau memang dekat dengan Allah SWT.
Pada suatu hari, Nabi Yahya keluar menemui
manusia. Masjid tampak ramai dipenuhi orang-orang. Nabi Yahya berdiri dan
beliau mulai berbicara: "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku untuk
menyampaikan kalimat-kalimat yang telah aku kerjakan dan aku telah
memerintahkan kalian untuk juga mengerjakannya. Hendaklah kalian menyembah
Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya. Barang siapa yang menyekutukan Allah SWT
dan menyembah selain-Nya, maka ia seperti seorang budak yang dibeli oleh
majikannya lalu ia bekerja dan memberikan tenaganya kepada tuan selain tuannya.
Siapakah di antara kalian yang ingin memiliki budak seperti itu. Dan aku
memerintahkan kalian untuk melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah SWT melihat hamba-Nya
saat ia solat. Oleh kerana itu, jika kalian solat, maka hendaklah kalian
berusaha untuk khusyuk. Aku pun memerintahkan kalian untuk berpuasa, maka siapa
yang melakukan demikian, maka ia seperti seseorang lelaki yang mempunyai
bingkisan dari misik yang baunya harum. Setiap lelaki ini berjalan, maka akan
terpancarlah bau harum misik darinya. Aku pun memerintahkan kalian agar banyak
melakukan zikir kepada Allah SWT, maka orang seperti itu seperti seorang lelaki
yang dicari-cari oleh musuhnya lalu ia segera berlindung dalam benteng yang
kuat. Dan benteng yang paling kuat adalah zikrullah dan tiada keselamatan tanpa
benteng itu."
Nabi Yahya mengakhiri nasihatnya lalu ia
turun dari mimbar dan kembali ke gurun. Di gurun itu hanya terdapat pasir yang
berterbangan dan tiada suara lain selain suara angin dan nafas pohon serta
suara kaki-kaki binatang buas dan gerakan batu-batu gunung. Di sanalah Yahya
berdiri di tengah-tengah kesunyian ini. Beliau melaksanakan solat dan menangis.
Kemudian terjadilah pergelutan hebat
antara Nabi Yahya dan pemerintah yang berkuasa. Salah seorang penguasa di zaman
itu adalah seorang yang lalim dan sempit akalnya. Kerosakan tersebar di
istananya. Ia mendengar berita tentang Yahya. Ia heran kerana banyaknya manusia
yang memberikan penghargaan dan penghormatan yang luar biasa kepada Yahya
sedangkan ia sebagai seorang raja tidak mendapatkan penghormatan yang demikian
besar.
Raja tersebut ingin memperkosa isteri
saudaranya di mana ia mempunyai anak perempuan yang memiliki kecantikan yang
terkenal. Dalam cerita disebutkan bahawa anak perempuan itu mampu melakukan
tarian yang mengagumkan sambil memakai tujuh helai baju. Setiap ia menari, maka
terlepaslah setiap baju yang dipakainya dan pada tarian yang terakhir, ia
tampak dalam keadaan telanjang.
Raja bertanya kepada Yahya, apakah ia
boleh menikahi isteri saudaranya. Yahya menjawab, itu tidak diperbolehkan. Raja
tetap berbicara kepada Yahya dan mendesak kepadanya agar membolehkannya menikah
dengan wanita yang disukainya itu, dan hendaklah Yahya mencari solusi atau
fatwa yang sangat memuaskannya. Namun Yahya menolak keras untuk memenuhi
permintaan raja itu. Kemudian Yahya pun meninggalkannya. Akhirnya, raja tampak
marah kepada Yahya dan memerintahkan agar Yahya dipenjara. Kemudian raja itu
pun memperkosa isteri saudaranya. Anak perempuan wanita itu yang suka menari
telah melihat Yahya saat ia berbicara dengan raja. Anak perempuan itu sangat
tertarik akan ketampanan Yahya dan keagungan keperibadiannya.
Ringkasnya, wanita yang ahli menari itu
pun merasa jatuh cinta kepada Yahya. Ia pergi menemui Yahya di penjaranya dan
ia melihat Yahya dalam keadaan duduk solat dan menangis. Wanita itu terus
mengawasi Yahya saat beliau solat sampai selesai. Lalu ia meletakkan dirinya di
bawah kaki Yahya dan memintanya agar mencintainya sebagaimana ia mencintai
Yahya. Yahya menjawab bahawa di dalam hatinya tidak ada cinta lain selain cinta
kepada Allah SWT. Wanita itu pun bangkit dari tempatnya dalam keadaan putus
asa. Ia meninggalkan Yahya dalam keadaan hatinya dipenuhi kebencian padanya. Ia
kembali ke istana raja.
Waktu Isyak telah berakhir. Raja mulai
meminum minuman kesukaannya, yaitu khamr. Wanita itu memberikan minum kepada
raja. Makin banyaknya raja minum, sampai-sampai raja merasa bahawa kepalanya
seperti belon besar dan ia sebentar lagi akan terbang. Di sanalah wanita penari
itu segera memakai pakaian tarian dan kembali kepada raja. Raja melihatnya dan
ia merasa kepalanya bertambah besar dan wanita itu mulai menari. Lalu
dipukullah rebana dan berbagai alat muzik sehingga wanita itu tampak menari dan
menikmati tariannya. Pada tarian ke tujuh ia berhenti lalu membuka wajahnya
sambil berkata kepada raja: "Wahai tuanku, aku ingin bertanya sedikit
kepadamu." Raja yang sedang mabuk itu berkata: "Segala sesuatu yang
engkau inginkan akan kuberikan kepadamu sekarang juga." Wanita itu
berkata: "Aku menginginkan kepala Yahya bin Zakaria."
Mendengar perkataan itu, raja segera sadar
dari mabuknya lalu ia merasakan ketakutan. Ia berkata kepadanya: "Mintalah
kepadaku yang lain saja." Wanita itu berkata: "Aku menginginkan darah
Yahya bin Zakaria." Wanita ini adalah simbol keburukan. Raja berkata
sambil minum minuman keras yang keempat kalinya setelah empat puluh kali:
"Bunuhlah Yahya!" Akhirnya, pemimpin pasukan raja mengeluarkan
perintah kepada anak buahnya untuk menghabisi Yahya. Kemudian Yahya menemui
ajalnya secara tragis dan meneguk madu syahadah.
Injil Mata pada pasal yang keempat belas
menyebutkan suatu riwayat sebagai berikut:
"Hirdus telah menangkap Yuhana lalu
ia memasukkan ke dalam penjara kerana Hirduya isteri dari saudaranya. Sebab
Yuhana berkata kepadanya, engkau tidak boleh mengambilnya sebagai isterimu. Ia
ingin membunuh Yuhana tetapi ia khuatir terhadap reaksi masyarakat kerana
mereka menganggapnya sebagai seorang Nabi. Ketika diadakan acara kelahiran
Hirdus salah seorang perempuan anak dari Hirduya menari di tengah-tengah para
hadirin sehingga Hirdus merasa kagum, kerananya kemudian ia bersumpah bahawa
apa pun yang diminta penari itu akan diturutinya. Wanita itu berkata:
"Berikanlah kepadaku kepala Yuhana." Sebetulnya raja itu keberatan
tetapi ia sudah terlanjur bersumpah dan disaksikan orang-orang di sekitarnya,
maka ia pun memerintahkan agar permintaan wanita itu dituruti. Kemudian kepala
Yuhana dikirim dari penjara, dan diberikan kepada gadis itu, lalu gadis itu
membawanya kepada ibunya."