Tazkirah Ramadan Setelah penghijrahan baginda Nabi
s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum
reda. Penyiksaan dan gangguan
mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar
dari kota itu semakin menjadi-jadi. Pada sudut
yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah
ke Madinah dirampas oleh Quraish.
Hal
inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah
dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju
Syam atau dari Syam menuju Mekah. Tahun
kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar
untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari
perniagaan di Syam.
Setelah
mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan
utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi
ancaman ini. Bagi Quraish,
sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa
yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.
Untuk
itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraish bersama
seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan
bergerak menuju Badr. Sementara
kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya
meloloskan dari sekatan kaum muslimin. Abu Sufyan
mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya
dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.
Namun
pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl beliau segera bersiap untuk berperang bagi
menghadapi pasukan Islam Madinah. Di
Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga
sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya,
siap menghadapi seribu orang di barisan Quraish yang lengkap bersenjata.
Namun
keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka
untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah
syurga. Tepat pada tarikh 17 Ramadan
tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan
konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.
Satu
demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita
tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah
umat ini tewas di tangan pasukan muslimin. Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraish di medan
perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih
untuk melarikan diri.
Dalam
perang Badar, pasukan Quraish menderita kerugian tujuh puluh tewas dan tujuh
puluh yang lain menjadi tawanan. Sementara
barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit,
dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta
peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang
menyelamatkan diri. Suasana pada malam tercetusnya
perang di Badar Malam itu terjadi beberapa
keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba
hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan
akhirnya tertidur dengan puas.
Hujan
pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut
apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat
susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat
kedelapan) ayat 8: "(Ingatlah),
ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya,
dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan
hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk
menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."
Subuh
hari, Abu Bakar "menganggu" ibadah Rasul karena kafir Quraish sudah
semakin hampir mendekati umat Islam. Pasukan
Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraish sudah
kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir
Quraish yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di
sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau
janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk
mengalahkan mereka."
Rasulullah
minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar
Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan
kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap
musuh bila diserang. Oleh karena itu merekapun
segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih
mudah lagi karena waktu itu hujan turun.
Setelah
mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang
bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau
disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat
Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana
pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita
takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar
pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"
"Sekadar
pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.
"Rasulullah,"
katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari
kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan
penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah
diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah
kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."
Melihat
saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula
bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada
sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu
pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan
pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik
dari sesama mereka sendiri.
Selesai
kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya,
"kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan
Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan
memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.
"Tetapi
kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul
teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat
kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari
cinta kami ini kepada tuan.
"Sekiranya
mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka
tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka
benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."
Nabi
Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah
dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan
Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung
dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.
Di
sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat
kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar
kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.
Semua
mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan
mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka
sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.
Dan
mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan.
Tetapi sungguhpun begitu karena bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong
mereka bertempur, mereka selalu siap disamping Nabi, memberikan dukungan,
memberikan kekuatan.
Dan
mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan
kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi,
hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya
untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.
Suasana
yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang
lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?
Menentukan nasib 70 orang tawanan Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk
bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung
isu tawanan.
Abu
Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak
orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga
berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga
pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.
Walau
bagaimanapun, Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan
agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah
syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih
mahu mereka terus hidup.
Rasulullah
tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah
antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu
Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakan
menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai
(menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu
mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat
untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Keesokan
harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi
menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan
sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Omar seperti Nabi
Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.
Akhirnya
baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu
perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai
tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.
Mengapa
perang ini begitu istimewa?
Pertama,
karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun
hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus
dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor
kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.
Kedua,
baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr,
sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya
sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib
para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua
orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin
al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ketiga,
peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum
sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu
Allah.
Keempat,
walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak
mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan
Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.
Kelima,
jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting
kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi
penentu kepada sesuatu kejayaan.
Keenam,
kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang
tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.
Ketujuh,
mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi
terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan
strategi peperangan.
Kelapan,
menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti
Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka
beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar
dikalahkan.
Kesembilan,
menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan
meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan
dunia yang melalaikan.
Kesepuluh,
cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu
perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu
Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. Kesebelas, sebagai seorang
Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari
sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi
mencari jalan penyelesaiannya.
Keduabelas,
sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap
individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam
pelbagai aktiviti harian hidup mereka.
1. Silahkan masukkan komentar
2. Berkomentar dengan kata-kata yang santun
3. Jangan menggunakan kata-kata kotor
4. Jika anda tidak suka dengan yang kami sajikan, lebih baik jangan di baca
5. Tinggalkan link web/blog anda agar admin bisa visit back
6. Jadilah pengunjung yang baik
7. Kami hanya memberikan informasi dari sumber-sumber yang bisa admin percaya.
8. Maaf jika ada salah satu artikel tidak ada sumbernya.
EmoticonEmoticon