![]() |
Masjid Al-haram |
Masjid
yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah
kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil
Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang berarti,
Dari
Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam
sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk
menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang
berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di
Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dalam
hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di
antaranya yang berarti ,
Dari
Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah
bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi
di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid
yang lain melainkan Masjidil Haram."
Kemudian
diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
Dari
Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu
sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid
yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram
pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Daripada
hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang
bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan
Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada
umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang
dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan
sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi
mendapat pahala yang berganda-ganda.
Dalam
sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang
mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut yaitu :-
![]() |
Masjid Nabawi |
Artinya
: Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam
bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat )
ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis
baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga
akan bersih ) dari sifat munafik."
Biasanya
orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di
Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama
8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu
selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.
Mengenai
kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang
bermaksud,
![]() |
Masjid Al-Aqsa |
"Satu
sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang
yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan
Masjid Nabawi di Madinah."
Demikianlah
kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di
Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di
masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di
Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah )
pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid
yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang
yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500
sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram
dam Masjidil Nabawi ).
Di
samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah
mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap
kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.
Abdullah
bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi
Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi
menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu,
kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta
menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.
Usaid
bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya
"satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan
satu ibadat umrah."
1. Silahkan masukkan komentar
2. Berkomentar dengan kata-kata yang santun
3. Jangan menggunakan kata-kata kotor
4. Jika anda tidak suka dengan yang kami sajikan, lebih baik jangan di baca
5. Tinggalkan link web/blog anda agar admin bisa visit back
6. Jadilah pengunjung yang baik
7. Kami hanya memberikan informasi dari sumber-sumber yang bisa admin percaya.
8. Maaf jika ada salah satu artikel tidak ada sumbernya.
EmoticonEmoticon